Taip URL Website Dengan Lebih Mudah

Ok, tips ni mungkin korang dah tau..tp aku rasa sure masih ada lg yg belum..so aku nak share sedikit tips ni dengan korang...

Kalau kita nak bukak satu webpage..selalunya lepas http://, kita kena taip www.xx.com kan. Ia agak memenatkan..dan mungkin korang akan tersalah taip (terlebih w ke..mcm2 lagilah)..

So tips aku, untuk masuk laman web yang dah memang ada www. dan .com (contoh www.google.com). caranya:
1) Taip nama laman web tersebut dalam kotak URL browser korang (contoh: google)
2) kemudian tekan CTRL+ENTER
Maka secara automatiknya URL yang korang taip akan dilengkapi dengan www. dan .com. Cara ni dapat menjimatkan masa korang untuk menaip alamat URL tersebut.
Untuk laman web berhujung .org (contoh: www.wikipedia.org), cuma tekan CTRL+SHIFT+ENTER. Secara automatik .org akan terpapar di kotak URL korang.

[Nota: Cara ni berkesan untuk laman web yang ada www., .com, dan .org sahaja. Kalau laman web tu mmg xde www. (contoh: macam laman blog ni, kaj-2g4e.blogspot.com), korang kene taip secara manual gak]..

Ok, selamat mencuba~! Kalau ada apa2 tambahan atau pembetulan untuk post nih, contact aku ye!
0 Responses

2010 © Korang Ambik Jer..

Segala kandungan yang boleh dimuat turun dari laman blog ini adalah illegal dan bukannya bersumber dari blog ini kecuali dinyatakan. Diharap anda setiasa dapat memberikan sokongan terhadap industri hiburan dalam dan luar negara. BELILAH YANG ORIGINAL!!